CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 31, 2011

Islamic insurance = takaful

should i write in english..??? bahasa melayu perhaps.

Salam all,
dah lama saya nak 'mengshare' opinion saya tentang insurance dan takaful. sebagai basic info, saya bekerja didalam insurance industry lebih 10 tahun.

Lately saya tengok perkembangan takaful sangat membanggakan. 2001 saya start berkerja baru ada 2 company, 2004 dah ada 4 TO (takaful operators)- Takaful National, Takaful Malaysia, Mayban Takaful, Takaful Ikhlas.Then tahun 2009 kita ada 8 TO, sekarang 2011 di Malaysia terdapat 11 TO:

AIA AFG Takaful Sdn Bhd
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Bhd
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
HSBC Amanah Takaful (M) Sdn Bhd
ING Public Takaful Ehsan Berhad
MAA Takaful Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Bhd
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
*** sumber ISM Insurance Services M'sia Bhd

Ini adalah perkembangan yang sangat baik kpd industry islamic insurance. Tetapi rintihan dari TO sendiri, muslim does not support muslim product, memang saya sangat sedih. Kalau kita muslim tak support product muslim, saper yang akan support....?????

so mesti ada tanya apa beza takaful dan insurance. Wargh... banyak bezanyer. Kalau korang guna pakcik google tersanagt banyak erti atau takrif yang akan korang jumpa.. tetapi intipati takaful tu tetap sama:

" A type of Islamic insurance, where members contribute money into a pooling system in order to guarantee each other against loss or damage, which go against the riba (interest), al-maisir (gambling), and al-gharar (uncertainty) principles

Read more: http://www.investopedia.com/terms/t/takaful.asp#ixzz1cLwBBwt6"


main point:
1. contribution (sumbangan)
2. no gharar (ketidak-pastian)
3. no riba' (tiada faedah)
4. no maisir (tiada perjudian)

Jadi apa beza takaful n insurance, (if i can put a comparison table):

Contribution
Dalam takaful duit yang kita bayar adalah derma. Insurance ia adalah bayaran perlindungan. Derma, maksudnya kita menderma utk meringankan beban org lain. Mashallah.. banyaknyer pahala yang kita dapat. Tapi ingat, mana ada bila derma kita dapat balikkan, yang kita dapat adalah PAHALA. subhanallah, cantik betul konsep takaful ni.

no gharar (ketidak-pastian)
Dalam insurance, bila kita beli insurance tak pasti apa yang kita beli, sselalunya dalam aqad jual beli mesti ada rukun : 1.Pnjual 2.Pmbeli 3.Barang 4.Aqad. so, 1 , 2 dan 4 ada tapi 3 : Barang..? Apa barang yang kita beli dalam insurance.. kita pun tak sure, perlindungan ker, kata-kata jer ke, beli janji ngan kata-kata... Itu sbb dalam takaful, dia diubah ke konsep pooling system to guarantee each other. So kita bukan membayar tetapi menderma. Tiada konsep jual beli dalam takaful...

no riba' (tiada faedah)
Dalam takaful, segala dermaan kita akan diinvest ke account yang lepas syariah Law.. bermakna tiada riba langsung didalam takaful. Ini termasuklan qard ( pinjaman) yang dilakukan leh TO utk menjalankan operasi Takaful.


no maisir (tiada perjudian)
Element maisir adalah ketidak-pastian dan risiko. So dalam Takaful 2 element ini langsung tiada.
Contoh:
Pemegang polisi membayar amaun premium yang kecil dengan harapan utk mendapat pulangan yang besar (risiko):
1. kpd pemegang polisi : adalah satu perjudian utk membayar / kehilangan duit kerana kejadian tersebut tidak berlaku ( ketidak pastian)
2. kpd syarikat insurance, syarikat akan menanggung hutang sekiranya bayaran premium tidak mencukupi utk membayar pampasan.

So, bila kita dah faham beza konsep insurance dan takaful ni, kita sepatutnye sudah boleh membuat pilihan yang lebih baik. Dengan kata lain:
Bukan setiap hari kita menderma. Jadi bila kita berpeluang utk menderma, membantu org yang didalam kesusahan baik ita grab chance ini. Disamping menderma kita juga mendapat guarantee yang insyallah jika kita ditimpa musibah, ada yang akan menolong.

So let change to TAKAFUL.

Friday, October 21, 2011

Job hoping

Percaya tak .. dah 10 thn saya bekerja dalam company ni. Position? i'm in management team, tapi staff pun ada 30 org jer.. bukan besar pun company ni...Ramai yang tanya kenapa? Cemana nak jawab..

1. flexible hours of working ( kalau datang lambat balik ler lambat, just make sure ganti balik hours yang tak cukup)
2. senang nak dapat cuti ( tu yg penting)
3. kerja bermusim (bukan selalu nak stay back pun)
4. apa-apa function industry mesti dapat pergi walau harga per participant mencecah RM2k
5. benefit wise sama atau kurang sikit jer dari profitable company yg lain. medical coverage include family members, ada 2 months contract bonus tu belum masuk performance lagi, epf contribution by employer 16%...
6. sebab dah senior kat sini banyak priority is to me

tapi banyak jugakler kekurangannyer yang kekadang membuat saya terfikir utk job hoping. Tapi bila nak tukar kerja ni banyak yang saya fikirkan, bukan setakat salary offer yang lebih bagus, benefit yang lebih baik, tetapi:
*working environment
*job responsibility
*new comitment
*new job description , dan yang paling saya tak suka
*to adapt with new environment... memang tak suka, event saya ni adalah peramah orangnya.
* lagi satu, i'm fully breastfeeding mother with anak currently baru umur 9 bulan, adake masa saya nak express susu seperti sekarang ni...

so ini membuat saya memikirkan alternatif lain such as working from home. tapi apa yang saya nak buat (business of course). nak start sesuatu yang perlu paid up capital tinggi such as Taska or Kindy, perlu ada komitmen yang tinggi.. so i plan for something less risky. Apa pilihan yang ada:
1. agent takaful
2. mlm business (dalam plan shaklee nak join euphoria team)
3. buat business jual pakaian babby n todler
4. nak bukak butik penyusuan

adoi..! tapi saya perlu memulakan sesuatu, sebab saya tak nak selamanya makan gaji, terikat kpd peraturan office, ingin melihat anak-anak membesar depan mata or else dapat involvekan anak-anak dengan kerja yg bakal saya lakukan... cemana ni..

bila baca blog ibu² yang berhenti kerja dan memulakan business sendiri, rasa sangat memberi inspirasi, tapi bila tanya for the first 2 yrs they suffred, hutang keliling pinggang.. card credit maximun, saya jadi takut. dan terbuktilah i'm not a risk taker..

help me!

Wednesday, October 19, 2011

Parenting tips by Zaid Mohamad

Hi all,
Setelah lama tak update Blog, rasanya perlu utk mencoret sesuatu atau lebih kepada berkongsi info yang saya perolehi semasa menghadiri parenting talk oleh en Zaid Muhammad. Ini adalah notes yg dapat saya tuliskan semasa beliau berceramah… so kalau perlu further explaination, kenalah hadiri kelas beliau… http://www.smartparents.com.my/


7 S tips for parenting
  1. SAYANG MENYAYANGI
  2. SEKATAN & SUKATAN
  3. STUDI: SUKSESS TANPA TUISYEN
  4. SEMAIKAN BAKAT KEPIMPINAN
  5. SANTAI
  6. SUMBANGKAN KEMBALI
  7. SERAHKAN KPD TUHAN
yang lebih terperinci:

SAYANG MENYAYANGI,
7 cara sayang menyayangi dengan perkataan, perbuatan, niat :
Cara 1:
· ucapkan 3x sehari : ucapkan ‘I LOVE YOU’
· peluk/cium 3x sehari, sbb virus yang bunuh kasih sayang : marah, sergah, pukul, kritik, berleter akan hilang bila dapat ubat kasih sayang 3 kali sehari
· 3 kali sehari ; peluk/cium : pagi bangun tido, balik kerja, sblum tido
Cara 2:
· masukkan cinta dlm setiap perlakuan, setiap hari. Buat dengan ikhlas.
· Cth ; jika mengajar anak metematik, niat adalah utk anak pandai dan dapat kuasai matematik, jadi ajar dengan penuh kasih sayang
· Bukan niat untuk anak dapat A dalam maths… (paham ker ni..? tak paham kena attend sendiri course en ZM ni).
Cara 3:
· bahasa penuh hormat –
· bahasa yg terbaik adalah utk yg tersayang / keluarga sendiri.
· Gunakan bahasa yang baik, ajar anak guna bahsa yang sopan
Cara 4:
· kasih sayang tanpa had : tiada syarat utk member dan mendapat kasih sayang.
· voucher kasih sayang
Cara 5:
· membina rumah beraura positif –
· rumahku syurgaku. –
· kalau dari office tension n pressure, rasanya takleh nak lemparkan senyum pada ahli keluarga, buat buffer zone utk nyah stress dulu
· Cth: balik office gi ngeteh dulu sampai dah boleh senyum (jangan bawa masuk aura negative ke rumah)
Cara 6:
· jangan guna perkataan negatif - such as “JANGAN /DON’T”
· cth: ‘ Abang janagn berlari naik tangga’
· positifkan: ‘Abang naik tangga tu berjalan dengan perlahan yer…’
· kenapa tak leh guna jangan….. kena tanya en ZM
Cara 7
· Hulurkan Cinta



SEKATAN & SUKATAN
* formula 2 by 4 : cara parents utk dealing with kids and technology
1. 2 thn ke bawah no tv no computer, no games
2. 2 ways interactive – make sure ada activity happen
3. 2 hours per day, maximum
4. 2 person , ibu atau ayah perlu ada.
* kenal pasti zon efektif
* sistem anugerah & hukuman yg adil – jangan guna rotan. Rotan hanya utk: tinggalkan solat, bcakap bohong, kuran ajar ngan parents
* raikan peningkatan!

STUDI: SUKSESS TANPA TUISYEN
1. Mula awal
2. Praktis, praktis, praktis
3. Latihan berkos rendah
4. Jadualkan
5. Libatkan diri
6. Ceria & positif

SEMAIKAN BAKAT KEPIMPINAN
* wawasan - beri objektif hidup, parent guide : warnakan hidup mereka
* artikulasi - guide mereka utk kluarkan pendapat, pandangan, memberi pndpat kluat, public speaking.
* rangkumi semua, bergaul, berkawan semua org, jgn semaikan perasaan benci
* jaga nama baik ibu ayah, nama keluarga
* ambil tindakan, beri setiap org tugas utk bekerja (dalam sesuatu event/perkara)


SANTAI
* Pergi bercuti - plan awal, jgn last minute
* Out door ; camping
* Berjalan hujung minggu
* Kembara bulanan
* Keluar bersama rakan
* Movie night bersama keluarga
* Birthday party DIY, involvekan semua ahli keluarga
* Game night
* Santapan minda dan rohani

SUMBANGKAN KEMBALI
· aktif dlm PIBG
· derma
· volunteer
· cari anak angkat
· taja kawasan program/sekolah

SERAHKAN KPD TUHAN
· usaha
· teruskan kehidupan
· percaya, yakin, positif
· bersyukur
· solat, solat berjemaah
· terima keputusan
· belajar seumur hidup
· bersihkan teropong (pemandangan)


notes:
saya berazam nak kurangkan FB dan lebih kepada blog.. lebih banyakkan artikel yang membina dari bercerita apa yg terjadi dalam environment saya... hopefully berjaya.

Friday, July 15, 2011

Wish List

Salam all,

Nak tanya sikit, korang ada wish list tak..? Kalau korang baca post yang sebelum ni, mesti korang tahu apa wish list aku kan...

1. Nak beli Deep Freezer
2. Nak beli Specs baru with transition..
3. Nak beli Car seat baru utk Darwiz Zikri
4. Nak pump susu baru..

Alhamdulillah kesemua 3 aku dah dapat.. No 1, 3, hubby tersayang belanja.. Yang specs tu aku belajan diri sendiri.. yelah lama gila idamkan specs with transition, akhirnya dapat..

Yang no 4 tu memang mengidam sangat.. dan akhirnya aku berjaya menjadikannya realiti.. itupun sebab current pump ni dh nazak. Sekejap suction OK, sekejap suction tak OK.. hari tu mmg jadik single pump.. memangler cabaran.. dan aku perlukan the whole 1 hour utk buat power pumping just nak make sure dapat amount 5oz..

So hari ni selamat sampai sudah my Medela FS yang kubeli dari Ebay.. total price incl posting is RM1080, yang aku rasa sangat murah compare to any onlnie shop kat malaysia ni.. ini dalah specs US.. Insyallah, akan guna sebaik mungkin... dan semoga journey breastfeeding aku bersama Zaquan ni hingga umur dia 2 tahun. Ameen...

lagi satu dapat tambahan wish list yang ke.5.. Hubby belanja Lap top. Inilah Lap top pertama yang aku beli selama hidup 32 ++ tahun.... huhuhu...

Wednesday, June 8, 2011

Suratan dari Allah....

Yesterday I received a very sad news from my BFF friend, Kak Fiza, she involve in accident again. Inalillah. This time it was at Jalan Kuala Krai – Cameron. I’m very sad to hear it. Because this is the second time happen to this family. Before I think was 5 or 4 yrs ago, at Gua Musang. Mungkin sudah suratan takdir dari Allah utk dia sekeluarga.

Her only son, which I think about 5 yrs, lost his last right finger, and the last daughter had bad injury in the face. Kesian sangat. According to the mother, the boy was unconscious after the accident and need to go for emergency surgery to save the other fingers.. and the girl was crying while doctor clean up the wound at her faced… sedih dan sebak sangat saya rasa.

As today, doc open the boy's bandage because he want to see the fingers and crying when he count it only left 4.. entahler kenapa sebak sangat rasa hati ni, berjurai air mata bila baca sms emaknyer..

‘Hati ni sedih. Dada rasa nak pecah menahan sebak. Abid duk bilang jari dia yang 4 tu sambil air mata berlinang. Petang semalam doctor buka balut, dia kata nak tengok. Bila dia tengok, dia pejam mata, aku nampak mengalir air mata dia, tak terdaya aku. Doakan anak aku agar dia kuat terima kenyataan. Baie pun OK, Cuma dia malu dengan keadaan muka dia. Tak pe Wi, aku takkan biarkan, aku akan ikhtiar apa yang aku mampu insyallah’

Isnyaallah kak. Tuhan menduga akak camni, tuhan hapuskan dosa-dosa kecil kak.. terima dengan hati terbuka. Isnyallah there is still way for you.

Friday, June 3, 2011

Freestyle..

My DH call me today..

+ ' Ma, hari tu mama cakap nak beli breast pump apa..?'
me with excited balas...
-'Medal Freestyle...'
+' Apa web add dia..'
-'Ada banyak lah Yah, yang murah, yang mahal... '
+'Yang mama cakap with current exchange rate dalam beli rega RM1.1k tuh...'
aku dah terlebih excited... yeyeyeyyeye...!!!
- ' Yang tu Ebay... Ebay US... kenapa...'
+ 'Khairol tanya.. wife dia tgh survey..'
adoi.. bak jatuh ditimpa block kayu... berkecai impian..
-'[dengan nada sedih..] 'la.. ingatkan dia nak belikan utk kita...'
+'Isk dia ni, sumer benda dia nak... tolong ler ma....'
-'takpelah.. sekarang blum nak lagi...' ..uhuk.. uhuk...

sedih tau. tapi kalau difikirkan, sumer benda yang aku nak, sumer dia dah belikan.. memula nak DSLR.. dah dapat, pastu nak Deep freezer.. pun dah dapat.. ni nak Freestyle plak.. blum dapat.

ayah,
if you read this.. thank you so much for everithing.. i love you, n will love you more kalau belanja freestyle.. hehehhe..

Sunday, May 8, 2011

Finally....

Referring to last post... slowly i did bought a few things in the list... it started with the deep freezer. The reason, is because my 2 doors refrigerator freezer is almost full with my EBM, until my DH ice-cream that he bought i need to throw it out sebab tak cukup tempat.
So he suggested for me to get the deep freezer... wah,.. what a suggestion! of course i will like it... so we start surveying price.. n finally i get a brand new DF, Japan Model... with 110L capacity.. n it is a chest freezer. At the beginning it didn't work well.. After 3 days the water in the DF still maintain as water... So ask the retailer to change a new model n it works perfect. We bought it for RM500 with transportation cost... sangat menarik.
[this happen on Monday,2nd of May]

Then the coming Wednesday... my spec pulak buat hal. Sedih betul.. it broke in the middle. Luckily i can still repair it with glue of course, tapi tak tahan lama.. so hari tu jugak tempah spec baru. But already from my pregnancy time, i planned to buy a spec with transition.. hah.. well the price will be very costly. But once in a while [i bukan buat spec every year], so i did tempah a brand new spec with transition of course, dan memula kena bebel ngan DH.. but then dah bayar so pakai jelah... Yeay..! i got new spec with transition...

An also my budget for month of May dah melayang jauh dari yg sepatutnyer.... adoyai!

[So 2 from 4 item that i listed before i laready got it]... lagi 2... nantilah dulu...

Thursday, April 21, 2011

nafsu....?

(entry ini telah lama dikarang tapi tak terpost...)

Nafsu.
For the last week I’ve eying a few things [which I plan to buy, to get it by hook or by crook]:

First is : New spectacle.
Since my spec is already about 4 yrs old [since then I never had increasing power of rabun jauh], the colour is already faded, the lens already scratch, I think I deserve the new one.

Second is Deep freezer.
Alhamdulillah, my EBM stock in increasing, until my current freezer first tier full with EBM, the 2nd tier is for lauk basah, n can’t put much more in the freezer, nugget, chicken ball or burger meat even ice cream also can’t keep in the freezer.

Third is car seat for my lil zikri.
Nowadays, he doesn’t want to be seated n locked up in the car seat, so I thought of having the new n bigger size for him. Plus the fabric also is rotten up, [hehehe creating more reason for a new car seat]

Finally in the list is new breast pump.
The current one is already 2 and half yrs old, being passed from me to my cussie farrah then back to me again, well sometimes it do give me heart attack. So need to eyeing a new one, guess what.. of course medela FS. Locally sell with warranty spare part is RM1799 , US specs but local seller no warranty is RM1350 and if iget it directly from Ebay US , with current exchanging rate , RM2.9 = US dollar 1, I’ll get about RM1015 inclusive shipping charges.

And when I told this to my DH… kena seketul… ‘ Ma everything you want, please prioritize your needs..’ amik sekali… dan aku pun merajukler… simpan jelah dalam hati… huhuhuh.

Friday, April 15, 2011

Bangsar South...

Salam all,
Lama dah tak update kat sini, walaupun setiap hari mesti jenguk. Senang cerita spjg 3 bulan maternity leave tak cukup tangan nak menulis disini. Baru nak usik PC , sikecik dah mintak nenen.... karang si abang pulak nak jadi baby.. tu belum lagi sikakak menangis kena buli... inilah dia sacrifice yang amat saya suka. Penat, memang penat, tapi puas hati.. anak-anak depan mata. Derang makan apa, usik apa, buat apa, menyanyi ke, menangis ker, bergaduh ke sumer kita boleh tengok, takde moment yang terlepas....



Masuk kerja hari tu on 11th April, kat office baru... bukan bertukar office, tapi bertukar location, office saya berpindah... ke BANGSAR SOUTH CITY. Galmour dengar namanya kan... actualy tempatnyer kat KERINCHI jer... saper tahu Vista Angkasa, apartment glamour utk bebudak UM... hah terus lagi, nanti akan jumpa kawasan bandar yang baru develop, sebelum sampai pantai dalam... hah, kat situlah Bangsar South.... Cantik you.... I like the fountain... so nice.



Apa ada kat sini?

- residential area.. apartment n condo's..

- office area... dan of course benda-benda lain... utk menjadi tarikkan... such as, kat sini ada Carrefour, San Francisco Coffee, Bali café, Little Taiwan, The Chicken Rice shop, RHB bank, Takaful Ihklas HQ, aper lagi and of course my office... ISM INSURANCE SERVICES MALAYSIA BHD.


Suasana?

- oklah, belum crowded mcm kat KL Sentral, or Bangsar it self.. masih nyaman dan selesa.. - semua equipment masih bersih dan suci .. bak anak dara...

- tmpat makan.. yg exclusive bnykler... yg gerai-gerai... ada tp belum discover lagi... (hari-hari mkn tapau kat care4 jer...)

- parking... as at to date ample parking space... yelah blum ramai lagi occupied office lot kat sini... Cuma takes timelah nak hafal jalan masuk dan keluar....


Yang tak best..?

-traffic jam.. huhuhu, sebab office ni sebelah federal highway, so kena lalu federal... takde masalah ngan federal, traffic walau sesak, still moving, masalahnyer dari rumah nak ke federal tu.. only option is subang airport... so fefaham jelah traffic kat airport tu... jadi kena carik lg shortcut, which is belum sempat lagi... nanti ler...

-tapi pagi ni lalau NKVE tol Duta then potong Kerinchi Link... and it was superb, sampai office kul 8.30, Cuma tol jelah... Guthrie RM1.4, NKVE jalan Duta RM2.9, Kerinchi Link RM1.5, total sehari : RM 11.6, Sebulan adalah.... RM 255.20, huhuhu tol sahaja.

Nilah antara kedai yang terdapat disini....


Wednesday, April 13, 2011

percubaan pertama


Salam all,


Dah lama tak update blog ni. Sedang mencari the best way untuk update blog tanpa perlu masuk ke internet.


Akhirnya jumpa pun option email ni, tapi masalahnye I should keep this email add as secret, kalau tak sume org pun boleh post dalam blog ini kan?


Okaylah nanti sambung….




Thursday, February 17, 2011

Latest hero..

Salam all,
Here are my latest news, latest enjoyment, latest happiness.
He was born on 17 Jan 2011, by c sect of course. With weight of 2.85 kg. and finally we finalized his name as Darwiz Zaquan b. Zulkifli.

5 days after he was born, he was admitted back for 3d2n because of jaundice, and until today (the 30th day still kuning), breast feed baby will take time to cure.. as per PAEDs words...

So now i'm back to breast feeding journey, hopefully this time will success breastfeeding him for 2 years, insyallah. As at today i already have 14 bags of 3 and 4 ounce frozen BM for the stock. ( lebih maju dari zaman zikri).

In 30 days my boy weight increasing to 3.8 kg and length to 52 cm... wahh... so good, compared to the measurement while he was born... 2.85kg and 46cm... ( dah macam buat market performance report pulak...)

so this is my latest story... enjoy the pics.

Thursday, January 13, 2011

Kakak di denda...

+ " Mama hari ni kakak mesti tak dapat duduk...."
- " kenapa?"
+ " Sebab semalam kakak ngan Maya bercakap, teacher denda.."
- " kakak bercakap masa teacher tngh teach kakak ker.."
+ " bukan kakak... Maya.."
- " Habis tu teacher denda 2 org kenapa....?"
+ " Sebab kakak bercakapler jugak.. tapi waktu lain..."
- " Naper bercakap...?"
+ " kakak dah tahu apa yang teacher teach tu... dah belajar kat smart soleh..."

Inilah conversation aku ngan anak dara sorang tu pagi ni. Terkejut aku sebab masa kat smart soleh tak pernah plak aku dengar kena denda... rupanya minah ni kaki bercakap kat dalam kelas rupanya. Inilah kesan bila dah masuk thn ketiga ke sekolah.

2 tahun sebelum ni aku choose Islamic integrated preschool, sebab aku nak dia tahu asas doa, asas quran... masuk thn ke-3 dia sendiri tak nak.. nak Q-dees katanya, aku turutkan jelah. Baru seminggu lebih kat Qdees ni, dah banyak kali aku dengar dia kena denda... bila ditanya dia cakap cikgu ajar benda yang dia dah tahu...

Yelah bila kita masuk sekolah baru, mesti kena masuk basic class.. tu yg jadi camni. Aku nak kena jumpa teacher dia ni.. kena bincang.. apa nak buat, lagi satu kat Q-dees ni tak de message book utk communication ngan teacher ker....???

Nak kena contact principal ni nampaknya....

Monday, January 10, 2011

Recycle Menstrual Pad.. or Cloth Pad..?? [ape tuh..?]

Cloth pad [CP]...?

Apa tu. Mungkin bagi kita yang biasa dengan disposable pad tak biasa dengar kot.. diri sendiri ni pun baru jer dengar dalam 2 thn lepas... tu pun lepas berjinak-jinak dengan Cloth Diaper... [jangan tanya apa pulak cloth diaper].

Kenapa aku pilih utk ber CP... sebab banyakler antaranya impian utk selamatkan dunia... [pirrah mabuk..], tapi betul cuba nak selamatkan dunia ni dari sampah sarap yang banyak tu... kekadang kita ni bila membuang tak terfikir pun sampah yang kita buang ambil masa berapa lama nak lupus... takut nanti anak cucu cicit kita bermain ditepi longgokan sampah.. hasil dari kerja kita jugak dulu...

sekarang ni ada bermacam jenis dan brand CP dalam market, pilih jer nak local brand atau overseas. Pilih nak material cemana semua ada, cuma kena sediakan pulus jelah... sebab modal agak mahal, tapi worthit sebab leh tahan lama... dalam 5 thn camtu jangka hayat CP ni...

lagi satu design dan corak material yg digunakan memang menarik... akhir-akhir ni memang banyak pilihan dalam market... sampaikan aku terjumpa yang disposable pad pun bercorak-corak ala-ala CP jugak.. mungkin derang tengok CP ni cantik kot.. so derang tirulah...

Dalam menjayakan misi aku utk berfully CP ni... aku telah memilih local brand, brand pertama aku beli is known as SAFFA Pad . Lepastu aku cuba plak MAMAPATCH dan yang terbaru ni aku try BABY SNOWDROP... ketiga-tiga jenama ni aku memang suka, tapi setiap brand memang ada kelebihan dan kekurangan, tapi tak kisah ler sebab it meet the purpose.. gambar² kat atas tu antara CP collection aku..

so ada berani tak nak bertukar ke CP....? sebab bila join disucssion dalam FB, ramai sangat tak berani.. marilah bertukar.. dont worry takkan ada masalah punya.. kecuali kpd yg malas membasuh...

Friday, January 7, 2011

Koleksi resepi dalam pantang bersalin

Saya perlukan ini sebab saya akan memasak semasa pantang nanti...

HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


SAWI TUMIS AIR

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api

KERABU PEGAGA

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati.


SUP IKAN TENGGIRI

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Thursday, January 6, 2011

PC wallpaper..



Gambar apa yang korang letak sebagai wallpaper PC kat office...? Sebab apa aku tanya PC office, sebab PC nilah yang aku banyak habiskan masa bersama...


And of course aku akan letak gambar family, sebelum ni gambar anak-anak.. sekarang gambar kami.. tapi agak outdated [ ni gambar tahun 2009 - Nov].. masa kenduri kahwin adik lelaki aku.. but i like this picture... nampak natural jer..


Dah 9 bulan gambar ni duk kat 'kertas dinding' PC ni, sepanjang aku ngandung.. without failed mesti nak tengok gambar ni. Biar anak yang aku kandung ni mirip muka kami berdua. Especially tang hidung, huhu.. sorang pun belum lagi mewarisi kemancungan hidung aku ala-ala anak mamak ni...


'kertas dinding' ni sebenarnya amat penting bagi aku, sebab bila stress dengan reports, ni jelah penawar, so aku akan selalu tukar dengan gambar -gambar penawar duka lara. kalau aku reti letak video sebagai 'kertas dinding' dah lama aku buat... tapi aku tak reti...


kenapa aku pilih back ground kuning... sebab aku nak sesuatu yang kontra, bukan ker kebanyakkan kerja yang guna application dalam PC ni basednyer warna putih... so bila tengok kuning fresh sikit... tapi sebenarnya utk mata , kita perlukan hijau.... mata kita perlukan warna hijau....


so korang letak gambar apa sebagai 'kertas dinding' ...?

Wednesday, January 5, 2011

2011

salam semua,

perasan tak ni new skin...? huhuhu.. need to refresh for 2011. lama dah blog ni berhabuk. tetiba mood nak berblog ni datang balik.. layankan jerlah.

sebenarnya aku masih menunggu hari utk bersalin, hari ni minggu yang ke 35, doktor kata boleh bersalin selepas 36 minggu, tapi akan aku tunggu hingga ke-38, biar dia matang dalam rahim aku ni sebelum aku keluarkan dia...

Rancang untuk nama baby... sebab dah pasti yang dia adalah seorang bayi lelaki, aku pun decide untuk mengekalkan inital DZ... so bermula pencarian... D, kami kekalkan Darwiz... yang Z nilah still tak dapat lagi keputusanya...

  • Zakwan – yang cerdik, harum
  • Zulfan – teman
  • Zahran – bunga, cantik, indah, berseri
  • Zahwan – sedap dipandang
  • Zafri – kemenanganku
  • Zafran – kejayaanku
  • Zarif – periang

takpelah tunggu jelah dia keluar, dan tengok which name yang ayah dia akan letak...

2011.. : perancangan

  • [pindah] apa yer? apa-apa jelah yang patut, pindah pekerjaan, pindah rumah, pindah minda... apa-apa jelah yang aku rasa boleh menyumbang kepada perubahan yang positif.
  • [breastfeeding journey] cuba untuk dapatkan 2 tahun fully breastfeed, mudah-mudahan diberkati allah.. dan dipermudahkan, Ameen.
  • [kakak, Durratul Syahirah] boleh membaca menjelang umurnya 6 tahun, 27-April
  • [abang, Darwiz Zikri] nak pastikan dia lebih gemar tengok buku: buku cerita, buku pelajaran, buku menulis.. dari tengok astro ceria..
  • [Suami, Zulkifli Arshad] apa ye.. cam dah bagi dah semua yang termampu...
  • [Diri sendiri] kalau boleh nak berenti kerja.....

huhu... aku merancang Allah yang tentukan.




Related Posts with Thumbnails