CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 13, 2011

Kakak di denda...

+ " Mama hari ni kakak mesti tak dapat duduk...."
- " kenapa?"
+ " Sebab semalam kakak ngan Maya bercakap, teacher denda.."
- " kakak bercakap masa teacher tngh teach kakak ker.."
+ " bukan kakak... Maya.."
- " Habis tu teacher denda 2 org kenapa....?"
+ " Sebab kakak bercakapler jugak.. tapi waktu lain..."
- " Naper bercakap...?"
+ " kakak dah tahu apa yang teacher teach tu... dah belajar kat smart soleh..."

Inilah conversation aku ngan anak dara sorang tu pagi ni. Terkejut aku sebab masa kat smart soleh tak pernah plak aku dengar kena denda... rupanya minah ni kaki bercakap kat dalam kelas rupanya. Inilah kesan bila dah masuk thn ketiga ke sekolah.

2 tahun sebelum ni aku choose Islamic integrated preschool, sebab aku nak dia tahu asas doa, asas quran... masuk thn ke-3 dia sendiri tak nak.. nak Q-dees katanya, aku turutkan jelah. Baru seminggu lebih kat Qdees ni, dah banyak kali aku dengar dia kena denda... bila ditanya dia cakap cikgu ajar benda yang dia dah tahu...

Yelah bila kita masuk sekolah baru, mesti kena masuk basic class.. tu yg jadi camni. Aku nak kena jumpa teacher dia ni.. kena bincang.. apa nak buat, lagi satu kat Q-dees ni tak de message book utk communication ngan teacher ker....???

Nak kena contact principal ni nampaknya....

Monday, January 10, 2011

Recycle Menstrual Pad.. or Cloth Pad..?? [ape tuh..?]

Cloth pad [CP]...?

Apa tu. Mungkin bagi kita yang biasa dengan disposable pad tak biasa dengar kot.. diri sendiri ni pun baru jer dengar dalam 2 thn lepas... tu pun lepas berjinak-jinak dengan Cloth Diaper... [jangan tanya apa pulak cloth diaper].

Kenapa aku pilih utk ber CP... sebab banyakler antaranya impian utk selamatkan dunia... [pirrah mabuk..], tapi betul cuba nak selamatkan dunia ni dari sampah sarap yang banyak tu... kekadang kita ni bila membuang tak terfikir pun sampah yang kita buang ambil masa berapa lama nak lupus... takut nanti anak cucu cicit kita bermain ditepi longgokan sampah.. hasil dari kerja kita jugak dulu...

sekarang ni ada bermacam jenis dan brand CP dalam market, pilih jer nak local brand atau overseas. Pilih nak material cemana semua ada, cuma kena sediakan pulus jelah... sebab modal agak mahal, tapi worthit sebab leh tahan lama... dalam 5 thn camtu jangka hayat CP ni...

lagi satu design dan corak material yg digunakan memang menarik... akhir-akhir ni memang banyak pilihan dalam market... sampaikan aku terjumpa yang disposable pad pun bercorak-corak ala-ala CP jugak.. mungkin derang tengok CP ni cantik kot.. so derang tirulah...

Dalam menjayakan misi aku utk berfully CP ni... aku telah memilih local brand, brand pertama aku beli is known as SAFFA Pad . Lepastu aku cuba plak MAMAPATCH dan yang terbaru ni aku try BABY SNOWDROP... ketiga-tiga jenama ni aku memang suka, tapi setiap brand memang ada kelebihan dan kekurangan, tapi tak kisah ler sebab it meet the purpose.. gambar² kat atas tu antara CP collection aku..

so ada berani tak nak bertukar ke CP....? sebab bila join disucssion dalam FB, ramai sangat tak berani.. marilah bertukar.. dont worry takkan ada masalah punya.. kecuali kpd yg malas membasuh...

Friday, January 7, 2011

Koleksi resepi dalam pantang bersalin

Saya perlukan ini sebab saya akan memasak semasa pantang nanti...

HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


SAWI TUMIS AIR

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api

KERABU PEGAGA

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati.


SUP IKAN TENGGIRI

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Thursday, January 6, 2011

PC wallpaper..



Gambar apa yang korang letak sebagai wallpaper PC kat office...? Sebab apa aku tanya PC office, sebab PC nilah yang aku banyak habiskan masa bersama...


And of course aku akan letak gambar family, sebelum ni gambar anak-anak.. sekarang gambar kami.. tapi agak outdated [ ni gambar tahun 2009 - Nov].. masa kenduri kahwin adik lelaki aku.. but i like this picture... nampak natural jer..


Dah 9 bulan gambar ni duk kat 'kertas dinding' PC ni, sepanjang aku ngandung.. without failed mesti nak tengok gambar ni. Biar anak yang aku kandung ni mirip muka kami berdua. Especially tang hidung, huhu.. sorang pun belum lagi mewarisi kemancungan hidung aku ala-ala anak mamak ni...


'kertas dinding' ni sebenarnya amat penting bagi aku, sebab bila stress dengan reports, ni jelah penawar, so aku akan selalu tukar dengan gambar -gambar penawar duka lara. kalau aku reti letak video sebagai 'kertas dinding' dah lama aku buat... tapi aku tak reti...


kenapa aku pilih back ground kuning... sebab aku nak sesuatu yang kontra, bukan ker kebanyakkan kerja yang guna application dalam PC ni basednyer warna putih... so bila tengok kuning fresh sikit... tapi sebenarnya utk mata , kita perlukan hijau.... mata kita perlukan warna hijau....


so korang letak gambar apa sebagai 'kertas dinding' ...?

Wednesday, January 5, 2011

2011

salam semua,

perasan tak ni new skin...? huhuhu.. need to refresh for 2011. lama dah blog ni berhabuk. tetiba mood nak berblog ni datang balik.. layankan jerlah.

sebenarnya aku masih menunggu hari utk bersalin, hari ni minggu yang ke 35, doktor kata boleh bersalin selepas 36 minggu, tapi akan aku tunggu hingga ke-38, biar dia matang dalam rahim aku ni sebelum aku keluarkan dia...

Rancang untuk nama baby... sebab dah pasti yang dia adalah seorang bayi lelaki, aku pun decide untuk mengekalkan inital DZ... so bermula pencarian... D, kami kekalkan Darwiz... yang Z nilah still tak dapat lagi keputusanya...

  • Zakwan – yang cerdik, harum
  • Zulfan – teman
  • Zahran – bunga, cantik, indah, berseri
  • Zahwan – sedap dipandang
  • Zafri – kemenanganku
  • Zafran – kejayaanku
  • Zarif – periang

takpelah tunggu jelah dia keluar, dan tengok which name yang ayah dia akan letak...

2011.. : perancangan

  • [pindah] apa yer? apa-apa jelah yang patut, pindah pekerjaan, pindah rumah, pindah minda... apa-apa jelah yang aku rasa boleh menyumbang kepada perubahan yang positif.
  • [breastfeeding journey] cuba untuk dapatkan 2 tahun fully breastfeed, mudah-mudahan diberkati allah.. dan dipermudahkan, Ameen.
  • [kakak, Durratul Syahirah] boleh membaca menjelang umurnya 6 tahun, 27-April
  • [abang, Darwiz Zikri] nak pastikan dia lebih gemar tengok buku: buku cerita, buku pelajaran, buku menulis.. dari tengok astro ceria..
  • [Suami, Zulkifli Arshad] apa ye.. cam dah bagi dah semua yang termampu...
  • [Diri sendiri] kalau boleh nak berenti kerja.....

huhu... aku merancang Allah yang tentukan.




Related Posts with Thumbnails