CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 13, 2012

traffic jem.. kesesakan lalu lintas.. phobia betul..

Assalam semua,

  • Lama sungguh tak update blog ni. Kekangan masa dan idea untuk menulis. 
  • Insyallah akan cuba untuk menulis apa yang berlegar dalam fikiran ni, kalalu boleh setiap hari. 
  • Hari ni 13-2-2012, isnin kedua dalam bulan februari (baru tersedar selama hari ni salah eja). Seperti biasa, kesesakan traffik yang melampau. 7.10am keluar dari rumah, 9.05am baru sampai office. 
  • Kekadang terfikir salahke investment beli rumah di SAUJANA UTAMA Sg Buloh ni..?
  • Tujuan utama beli rumah kat sini sebab nak lari dari hiruk pikuk bandar KL.. terutama traffic jem especially during weeknd. Memang betullah, weekend takde mana jem kat sini. Bandar kecik SU ni pun tenang dan damai jer. Segala keperluan asas ada kat dalam ni, tak payah nak travel jejauh.. Masjid, sekolah rendah dan menengah, sekolah ugama, klinik, klinik bersalin, Bank, petrol station, pasaraya ala-ala hipermarket, salon kecantikan, pusat tuisyen, pusat mengaji Quran, dan minat saya natural parenting - ada satu butik ibu dan anak yang menyokong minat saya ni: Moms Basic , yang selalu menyokong penyusuan ibu.
  • So rasanya takdelah salah investment, cuma kesesakan jalan utk ke pejabat ni yang buat saya terfikir 2 ke 3 kali, nak invest beli rumah kat tempat lain...
  • Cemana nak elak traffic ni..
  • public transport kat sini : komuter. Memang totally no-no lah, lagi lambat sampai office rasanya. Malas dah nak complain pasal perkhidmatan komuter..
  • pilihan sekarang adalah dengan memandu sendiri ke office, tapi jalan kluar dari SU ni memang sumernyer sesak.. Baik jalan depan (menghala ke sg buluh dan highway gutrie) atau jalan belakang ( jalan shah alam-batu arang-puncak alam).
  • option 1 : Kalau ikut jalan depan, 15 minit tu min time utk sampai ke traffic light utama di jalan besar. Pastu pecutlah naik highway NKVE, sampai restoran jejantas, sesak lagi terus sampai tol jalan duta.... tu tak termasuk lepas tol duta punya sesak...
  • option 2 : Ikut jalan depan, (15 min), pastu masuk highway gutrie (boleh pecut kat sini), turun bukit jelutong dan masuk NKVE utk turun ke subang.. huhu.. di Bukit jelutong NKVE tu pun dah sesak... Shah Alam - subang - hehari dengar memang sesak pun.. then nak turun ke federal highway tu dari subang...??? Federal highway lagi nyer sesak...
  • Option 3 : lalu jalan belakang (hu mak ai.. dari alam budimam dah slow....), tak sanggup.. then masuk NKVE kat jelutong, pastu masuk EBOR, pastu masuk KESAS, pas kesas masuk NPE kat Kucahi lama... berapa banyak tol ni...??? Dulu masa encik hubby yg hantar ke opis memang lalu jln ni... cepat gak sampai, tapi kena gaya kuchai lama sesak.. amik...
  • Rasanya 1, 2, 3 ni memang tak leh pakai... KE-4, yg aku guna pakai ialah ( cuma boleh pakai bila dapat kuar rumah sebelum kul 7, kalau tak, tak berbaloi...), lalu jalan belakang, but instead towards ke shah alam aku contrakan ke puncak alam - batu arang. Pastu masuk highway LATAR (tol RM2). Then masuk NKVE kat rawang selatan. Turun kat Sg buluh (tol RM1.3), hala ke kepong. Masuk LDP (RM 1.6). then masuk Penchala link (RM2.0).Pastu turun kat Mont Kiara. Dari situ ikut hala ke pusat sains, masuk Kerinchi Link (RM 1.5). Then turun ke Federal arah KL. Masuk kat Juction Mid Valley, then masuk kat junction Abdullah Hukum, dari situ proceedlah ke Bangsar South.. hah kalau ikut jalan ni, kuar rumah 7.05, leh sampai opis, 8.15am. 
  • Option 4 ni extra KM adalah 11km, dan total tol sehala adala RM8.40. So berbaloi kerrrrr....??????
Entahler...? cemana pening pun, inilah yang aku harus redah setiap hari...  then mulalah berfikir utk bekerja dari rumah...... bebalik pusing hal yang sama jer...

Monday, October 31, 2011

Islamic insurance = takaful

should i write in english..??? bahasa melayu perhaps.

Salam all,
dah lama saya nak 'mengshare' opinion saya tentang insurance dan takaful. sebagai basic info, saya bekerja didalam insurance industry lebih 10 tahun.

Lately saya tengok perkembangan takaful sangat membanggakan. 2001 saya start berkerja baru ada 2 company, 2004 dah ada 4 TO (takaful operators)- Takaful National, Takaful Malaysia, Mayban Takaful, Takaful Ikhlas.Then tahun 2009 kita ada 8 TO, sekarang 2011 di Malaysia terdapat 11 TO:

AIA AFG Takaful Sdn Bhd
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Bhd
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
HSBC Amanah Takaful (M) Sdn Bhd
ING Public Takaful Ehsan Berhad
MAA Takaful Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Bhd
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
*** sumber ISM Insurance Services M'sia Bhd

Ini adalah perkembangan yang sangat baik kpd industry islamic insurance. Tetapi rintihan dari TO sendiri, muslim does not support muslim product, memang saya sangat sedih. Kalau kita muslim tak support product muslim, saper yang akan support....?????

so mesti ada tanya apa beza takaful dan insurance. Wargh... banyak bezanyer. Kalau korang guna pakcik google tersanagt banyak erti atau takrif yang akan korang jumpa.. tetapi intipati takaful tu tetap sama:

" A type of Islamic insurance, where members contribute money into a pooling system in order to guarantee each other against loss or damage, which go against the riba (interest), al-maisir (gambling), and al-gharar (uncertainty) principles

Read more: http://www.investopedia.com/terms/t/takaful.asp#ixzz1cLwBBwt6"


main point:
1. contribution (sumbangan)
2. no gharar (ketidak-pastian)
3. no riba' (tiada faedah)
4. no maisir (tiada perjudian)

Jadi apa beza takaful n insurance, (if i can put a comparison table):

Contribution
Dalam takaful duit yang kita bayar adalah derma. Insurance ia adalah bayaran perlindungan. Derma, maksudnya kita menderma utk meringankan beban org lain. Mashallah.. banyaknyer pahala yang kita dapat. Tapi ingat, mana ada bila derma kita dapat balikkan, yang kita dapat adalah PAHALA. subhanallah, cantik betul konsep takaful ni.

no gharar (ketidak-pastian)
Dalam insurance, bila kita beli insurance tak pasti apa yang kita beli, sselalunya dalam aqad jual beli mesti ada rukun : 1.Pnjual 2.Pmbeli 3.Barang 4.Aqad. so, 1 , 2 dan 4 ada tapi 3 : Barang..? Apa barang yang kita beli dalam insurance.. kita pun tak sure, perlindungan ker, kata-kata jer ke, beli janji ngan kata-kata... Itu sbb dalam takaful, dia diubah ke konsep pooling system to guarantee each other. So kita bukan membayar tetapi menderma. Tiada konsep jual beli dalam takaful...

no riba' (tiada faedah)
Dalam takaful, segala dermaan kita akan diinvest ke account yang lepas syariah Law.. bermakna tiada riba langsung didalam takaful. Ini termasuklan qard ( pinjaman) yang dilakukan leh TO utk menjalankan operasi Takaful.


no maisir (tiada perjudian)
Element maisir adalah ketidak-pastian dan risiko. So dalam Takaful 2 element ini langsung tiada.
Contoh:
Pemegang polisi membayar amaun premium yang kecil dengan harapan utk mendapat pulangan yang besar (risiko):
1. kpd pemegang polisi : adalah satu perjudian utk membayar / kehilangan duit kerana kejadian tersebut tidak berlaku ( ketidak pastian)
2. kpd syarikat insurance, syarikat akan menanggung hutang sekiranya bayaran premium tidak mencukupi utk membayar pampasan.

So, bila kita dah faham beza konsep insurance dan takaful ni, kita sepatutnye sudah boleh membuat pilihan yang lebih baik. Dengan kata lain:
Bukan setiap hari kita menderma. Jadi bila kita berpeluang utk menderma, membantu org yang didalam kesusahan baik ita grab chance ini. Disamping menderma kita juga mendapat guarantee yang insyallah jika kita ditimpa musibah, ada yang akan menolong.

So let change to TAKAFUL.

Friday, October 21, 2011

Job hoping

Percaya tak .. dah 10 thn saya bekerja dalam company ni. Position? i'm in management team, tapi staff pun ada 30 org jer.. bukan besar pun company ni...Ramai yang tanya kenapa? Cemana nak jawab..

1. flexible hours of working ( kalau datang lambat balik ler lambat, just make sure ganti balik hours yang tak cukup)
2. senang nak dapat cuti ( tu yg penting)
3. kerja bermusim (bukan selalu nak stay back pun)
4. apa-apa function industry mesti dapat pergi walau harga per participant mencecah RM2k
5. benefit wise sama atau kurang sikit jer dari profitable company yg lain. medical coverage include family members, ada 2 months contract bonus tu belum masuk performance lagi, epf contribution by employer 16%...
6. sebab dah senior kat sini banyak priority is to me

tapi banyak jugakler kekurangannyer yang kekadang membuat saya terfikir utk job hoping. Tapi bila nak tukar kerja ni banyak yang saya fikirkan, bukan setakat salary offer yang lebih bagus, benefit yang lebih baik, tetapi:
*working environment
*job responsibility
*new comitment
*new job description , dan yang paling saya tak suka
*to adapt with new environment... memang tak suka, event saya ni adalah peramah orangnya.
* lagi satu, i'm fully breastfeeding mother with anak currently baru umur 9 bulan, adake masa saya nak express susu seperti sekarang ni...

so ini membuat saya memikirkan alternatif lain such as working from home. tapi apa yang saya nak buat (business of course). nak start sesuatu yang perlu paid up capital tinggi such as Taska or Kindy, perlu ada komitmen yang tinggi.. so i plan for something less risky. Apa pilihan yang ada:
1. agent takaful
2. mlm business (dalam plan shaklee nak join euphoria team)
3. buat business jual pakaian babby n todler
4. nak bukak butik penyusuan

adoi..! tapi saya perlu memulakan sesuatu, sebab saya tak nak selamanya makan gaji, terikat kpd peraturan office, ingin melihat anak-anak membesar depan mata or else dapat involvekan anak-anak dengan kerja yg bakal saya lakukan... cemana ni..

bila baca blog ibu² yang berhenti kerja dan memulakan business sendiri, rasa sangat memberi inspirasi, tapi bila tanya for the first 2 yrs they suffred, hutang keliling pinggang.. card credit maximun, saya jadi takut. dan terbuktilah i'm not a risk taker..

help me!
Related Posts with Thumbnails