CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 19, 2011

Parenting tips by Zaid Mohamad

Hi all,
Setelah lama tak update Blog, rasanya perlu utk mencoret sesuatu atau lebih kepada berkongsi info yang saya perolehi semasa menghadiri parenting talk oleh en Zaid Muhammad. Ini adalah notes yg dapat saya tuliskan semasa beliau berceramah… so kalau perlu further explaination, kenalah hadiri kelas beliau… http://www.smartparents.com.my/


7 S tips for parenting
  1. SAYANG MENYAYANGI
  2. SEKATAN & SUKATAN
  3. STUDI: SUKSESS TANPA TUISYEN
  4. SEMAIKAN BAKAT KEPIMPINAN
  5. SANTAI
  6. SUMBANGKAN KEMBALI
  7. SERAHKAN KPD TUHAN
yang lebih terperinci:

SAYANG MENYAYANGI,
7 cara sayang menyayangi dengan perkataan, perbuatan, niat :
Cara 1:
· ucapkan 3x sehari : ucapkan ‘I LOVE YOU’
· peluk/cium 3x sehari, sbb virus yang bunuh kasih sayang : marah, sergah, pukul, kritik, berleter akan hilang bila dapat ubat kasih sayang 3 kali sehari
· 3 kali sehari ; peluk/cium : pagi bangun tido, balik kerja, sblum tido
Cara 2:
· masukkan cinta dlm setiap perlakuan, setiap hari. Buat dengan ikhlas.
· Cth ; jika mengajar anak metematik, niat adalah utk anak pandai dan dapat kuasai matematik, jadi ajar dengan penuh kasih sayang
· Bukan niat untuk anak dapat A dalam maths… (paham ker ni..? tak paham kena attend sendiri course en ZM ni).
Cara 3:
· bahasa penuh hormat –
· bahasa yg terbaik adalah utk yg tersayang / keluarga sendiri.
· Gunakan bahasa yang baik, ajar anak guna bahsa yang sopan
Cara 4:
· kasih sayang tanpa had : tiada syarat utk member dan mendapat kasih sayang.
· voucher kasih sayang
Cara 5:
· membina rumah beraura positif –
· rumahku syurgaku. –
· kalau dari office tension n pressure, rasanya takleh nak lemparkan senyum pada ahli keluarga, buat buffer zone utk nyah stress dulu
· Cth: balik office gi ngeteh dulu sampai dah boleh senyum (jangan bawa masuk aura negative ke rumah)
Cara 6:
· jangan guna perkataan negatif - such as “JANGAN /DON’T”
· cth: ‘ Abang janagn berlari naik tangga’
· positifkan: ‘Abang naik tangga tu berjalan dengan perlahan yer…’
· kenapa tak leh guna jangan….. kena tanya en ZM
Cara 7
· Hulurkan Cinta



SEKATAN & SUKATAN
* formula 2 by 4 : cara parents utk dealing with kids and technology
1. 2 thn ke bawah no tv no computer, no games
2. 2 ways interactive – make sure ada activity happen
3. 2 hours per day, maximum
4. 2 person , ibu atau ayah perlu ada.
* kenal pasti zon efektif
* sistem anugerah & hukuman yg adil – jangan guna rotan. Rotan hanya utk: tinggalkan solat, bcakap bohong, kuran ajar ngan parents
* raikan peningkatan!

STUDI: SUKSESS TANPA TUISYEN
1. Mula awal
2. Praktis, praktis, praktis
3. Latihan berkos rendah
4. Jadualkan
5. Libatkan diri
6. Ceria & positif

SEMAIKAN BAKAT KEPIMPINAN
* wawasan - beri objektif hidup, parent guide : warnakan hidup mereka
* artikulasi - guide mereka utk kluarkan pendapat, pandangan, memberi pndpat kluat, public speaking.
* rangkumi semua, bergaul, berkawan semua org, jgn semaikan perasaan benci
* jaga nama baik ibu ayah, nama keluarga
* ambil tindakan, beri setiap org tugas utk bekerja (dalam sesuatu event/perkara)


SANTAI
* Pergi bercuti - plan awal, jgn last minute
* Out door ; camping
* Berjalan hujung minggu
* Kembara bulanan
* Keluar bersama rakan
* Movie night bersama keluarga
* Birthday party DIY, involvekan semua ahli keluarga
* Game night
* Santapan minda dan rohani

SUMBANGKAN KEMBALI
· aktif dlm PIBG
· derma
· volunteer
· cari anak angkat
· taja kawasan program/sekolah

SERAHKAN KPD TUHAN
· usaha
· teruskan kehidupan
· percaya, yakin, positif
· bersyukur
· solat, solat berjemaah
· terima keputusan
· belajar seumur hidup
· bersihkan teropong (pemandangan)


notes:
saya berazam nak kurangkan FB dan lebih kepada blog.. lebih banyakkan artikel yang membina dari bercerita apa yg terjadi dalam environment saya... hopefully berjaya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails