CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 18, 2010

Breastfeeding difficulties

breastfeeding.

Aku rasa sekrang ni ramai ibu yg memilih utk breastfeed anak dari bagi susu formula. Pengalaman dengan anak sulung, aku berjaya breastfeed dia sampai umur 5 bulan. Tapi bukan fully breastfeed, awal-awal dalam pantang lagi dah campur.. sob..sob sian anak mama. Masa tu aku tak terdedah ngan kebaikan breastfeeding. dan tak tahu cemana nak breast feed anak bila dah start bekerja, memang aku regret. Penyesalan terbesar dalam hiduplah...

Yang aku perasan, dia ni ader athma . Sian anak mama, mungkinkah disebabkan kurangyer mendapat susu ibu...?

Entahlah tapi aku memang regret sangat. I wish that i can trun around that time... Insyallah mama akan breastfeed kakak sepuas-puasnyer...


Tiba time adik pulak, masa pregnant lagi aku dah siapkan mental dan fizikal utk breastfeed sibujang nih. Dalam hati tu dan berazam biar aper pun terjadi, aku akan tetap breastfeed dia selagi mampu dan selagi boleh.

Alhamdulillah, yang bujang ni aku dapat breastfeed exclusive breastfeed selama 4 bulan, then dia start buat perangai, taknak direct breastfeed. Walaupun macam -macam cara yang aku buat:


1. Tawarkan payudara ketika bayi sedang mamai atau di dalam keadaan yang tenang,
jangan tawarkan ketika dia di dalam keadaan lapar dan ini boleh menimbulkan rasa
marah pd bayi.
2. Buat sentuhan kulit ke kulit(kangaroo care) di mana
ibu(hanya pakai bra)-anak(hanya pakai diaper)dan dudukdi dalam bilik yang tiada
gangguan dari si ayah, nenek, datuk, adik-beradik lain dan jgn berpakaian.
Menyusukan di dalam keadaan tenang dan biarkan si bayi merasai sentuhan kulit
kita dan bagi dia kenal semula bau kita.
3. Jangan tawarkan apa2 puting
kosong atau pacifier. Jika si bayi tidak mahu menyusu cuba gunakan dahulu cawa,
sudu, syringe sehingga dia lupa pada puting botol.
4. Si ibu perlu banyak
bersabar dan pujuklah bayi dengan sabar...ingat minta pertolongan Allah. Jika
ibu tidak sabar ini menyebabkan proses penyusuan secara alami akan gagal di mana
ibu terpaksa mengepam 8x sehari dan akhirnya gagal untuk menyusu hingga 2 thn.
Jika masih buntuk boleh contact our LC iaitu Puan Kamariah.


Tapi still failed. Dan bermulalah mimpi ngeri aku, kena pump every 3 hours nak make sure mamat ni dapat fully bf sampai umr 6 bulan... letih wei. sangat letih, dikala org lain sedang nnyeyak tidur waktu malam, aku plak korbankan masa tidur utk mengepam. Tapi itulah adalah experience yang paling menarik dalam hidup ni...













so next baby aku kena berazam lebih kuat lagi, aku aim nak 2 yrs fully bf. Insyallah...

2 comments:

Ely Hasrul said...

comelnyeeeee!!!
xpe insya allah anak ke tiga kang smpai 2thn la..

hehe..

Farah Jasni said...

Yup,yup,practise makes perfect..at least frm no 1 to no 2 ada improvement.good job mama long! :-)

Related Posts with Thumbnails