CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 7, 2011

Koleksi resepi dalam pantang bersalin

Saya perlukan ini sebab saya akan memasak semasa pantang nanti...

HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


SAWI TUMIS AIR

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api

KERABU PEGAGA

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati.


SUP IKAN TENGGIRI

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

1 comment:

Perfume Malaysia said...

Wow!! haruan panggang halia..
terliur baca ..nak buat sendiri tak reti.huhu

----
Menjual pelbagai Brand Perfume grade AAA dari Sephora Dubai .
Perfume Malaysia

Related Posts with Thumbnails