CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 5, 2011

2011

salam semua,

perasan tak ni new skin...? huhuhu.. need to refresh for 2011. lama dah blog ni berhabuk. tetiba mood nak berblog ni datang balik.. layankan jerlah.

sebenarnya aku masih menunggu hari utk bersalin, hari ni minggu yang ke 35, doktor kata boleh bersalin selepas 36 minggu, tapi akan aku tunggu hingga ke-38, biar dia matang dalam rahim aku ni sebelum aku keluarkan dia...

Rancang untuk nama baby... sebab dah pasti yang dia adalah seorang bayi lelaki, aku pun decide untuk mengekalkan inital DZ... so bermula pencarian... D, kami kekalkan Darwiz... yang Z nilah still tak dapat lagi keputusanya...

  • Zakwan – yang cerdik, harum
  • Zulfan – teman
  • Zahran – bunga, cantik, indah, berseri
  • Zahwan – sedap dipandang
  • Zafri – kemenanganku
  • Zafran – kejayaanku
  • Zarif – periang

takpelah tunggu jelah dia keluar, dan tengok which name yang ayah dia akan letak...

2011.. : perancangan

  • [pindah] apa yer? apa-apa jelah yang patut, pindah pekerjaan, pindah rumah, pindah minda... apa-apa jelah yang aku rasa boleh menyumbang kepada perubahan yang positif.
  • [breastfeeding journey] cuba untuk dapatkan 2 tahun fully breastfeed, mudah-mudahan diberkati allah.. dan dipermudahkan, Ameen.
  • [kakak, Durratul Syahirah] boleh membaca menjelang umurnya 6 tahun, 27-April
  • [abang, Darwiz Zikri] nak pastikan dia lebih gemar tengok buku: buku cerita, buku pelajaran, buku menulis.. dari tengok astro ceria..
  • [Suami, Zulkifli Arshad] apa ye.. cam dah bagi dah semua yang termampu...
  • [Diri sendiri] kalau boleh nak berenti kerja.....

huhu... aku merancang Allah yang tentukan.




No comments:

Related Posts with Thumbnails