Monday, August 30, 2010
anak...
cakap pasal anak ni memacam benda masuk kepala... anak ni very subjektifkan.. ada ramai anak pun bermasalah.. kurang anak pun problem.. sumer tu terpulang pada didikan kita as parent..
anak-anak aku pulak banyak ragam dan peel nyer, yang sulung ni pompuan... umur dah 5 thn.. pada hemat aku sorang kakak yang sangat baik.. pandai beradik.. sangat pandai.. dalam sumer hal dia mengalah.. tak kisah ler berebut barang ker, berebut channel tv ker.. kena pukul ngan adik ker, end up dia nangis jer bg kat adik sumer benda... compare ngan aku dulu, tidak lah... aku akan rebut dan berebut sampai aku menang...
yang kedua ni plak, sebab sumer org pun ngalah utk dia, sumer pun ikut cakap dia, ada naik tocang sikitler... sangat manja. he is a boy baru setahun 6 bulan umurnyer, baru nak pandai bercakap... 'tatak' for his kakak 'babak' for his bibik... mat kelakar, suka tarik attention org.. sangat active dan buas... dan pada aku he is a handsome boy.. bukan cute... 'huh mama perasan...:-p'
yang ketiag ni... (masih dalam perut) umur 18 minggu... ramai yang nak the baby is 'she', so kakak ada kawan.. yelah all the cuzzie ngan adik sendiri lelaki... kakak pun berharap gak benda yang sama... tadi checkup doctor zarul kata dia ada bird... hehaheha... maknanyer kakak takde kawanler... sian kakak.. menangis dia beria-ria... kakak nak kawan mama.. kakak nak adik pompuan mama... sedih plak aku tengok airmata dia bercucuran... kenalah pujuk... fahamkan dia... bukan kita boleh pilih laki pompuan ni.. allah yang nak bagi ... yang penting baby sempurna dan sihat....
anak-anak... memacam kan.. kuar sorang, kena plan utk derang, didikan utk mereka, islamic brought up cemana, education, babysitter, insurance, investment, duit utk kenduri kahwin... heheh.. nilah dia modern parent...
Monday, August 23, 2010
Cubicle baru...
tapi aku suka colour dia... hijau dan sangat refreshing... utk aku lah... tapi sedihlah jugak, i no longer dapat private cubicle as before... so cemana nak pump susu nanti... nanti²lah fikirkan...
Pencen?
Sebelum menulis aku kena fikir jugak, aku takut tulisan aku ni akhirnyer akan makan diri aku sendiri. Tulisan ni akan menambah dosa aku... dosa kering yang aku tak nampak. Elok-elok dari tak berdosa, bila orang salah interpret, salah ertikan apa yang aku tulis, jadi fitnah ker ... kan ker jadi dosa untuk aku.. aku jugak yang susah.
lately benda ni yang buat aku stop untuk menulis.. yang kekadang aku rasa rugi. sebab aku tulis kat offline diary aku. yang kekadang aku perlukan coment, riview dan pendapat dari kekawan jugak..
kekadang aku rasa diri ni macam dah cukup pengalaman, bila ada problem insyallah leh handle, bila tiba musibah aku terima dengan reda... tapi sebenarye pengalaman yang aku ada ni ciput jer nak bandingkan dengan orang lain yang lebih ditimpa musibah, yang lebih ditimpa bencana... tu sebab aku suka join forum.. aku suka nak baca apa masalah org tu, cemana dia handle.. tapi aku lokek nak berikan comment atau riview sebab aku rasa ramai lagi forumer-forumer kat luar tu yang boleh beri nasihat yang lebih tajam, yang lebih boleh diterima pakai...
aduh apa yang aku bebel ni.... sebenarnye otak aku kecamuk ni... akal fikiran tak leh terima apa yang berlaku kat oips ni.... apelah nak jadi...
Thursday, July 8, 2010
Me Myself and I
Monday, May 24, 2010
Vacation Club
- they from
SDN BHD (dirahsiakan) . kalau korang check website derang ader macam-macam business yang mereka buat. - yang terbaru derang promote property tourism
- and they also licenced agen utk jual rahsia.
- GCR ni company form canada, so dia memang ada rep setiap negara utk handlekan business dan marketing mereka.
- Memang aku teruja giler yelah sebab derang bukan time sharing. tu yang paling penting. So they are not like: Berjaya or Tanco.
- derang ni cam 1 stop center utk bercuti, you can book hotel, tourguide, pakej, everithing online. ONLINE.
- IT IS REAL TIME ONLINE. maknanyer kalau korang book, terus dapat instant confirmation with discounted rate.
- Pasal rate tu memang dapat discount at least 50%. aku memang dah tengok bukti harga, sambil sambil present , aku buat comparison gak dengan AGODA, dll. lain... memang murah
- then derang ada CRUISE holiday. yang affordable. paling murah pakej naik kat P klang, they will round Sout East Asia, stop at penang, singapore, thailand. start with RM1k ++ complete ngan food.
- Tapi aku lagi teruja bila dengar cruise pakej CHINA- KOREA- JEPUN.
- Core benefit,
- Octupus benefit
- Cruise benefit
- Group pakej
Wednesday, May 19, 2010
Anugerah buat kamu...

Tuesday, May 18, 2010
Breastfeeding difficulties
Aku rasa sekrang ni ramai ibu yg memilih utk breastfeed anak dari bagi susu formula. Pengalaman dengan anak sulung, aku berjaya breastfeed dia sampai umur 5 bulan. Tapi bukan fully breastfeed, awal-awal dalam pantang lagi dah campur.. sob..sob sian anak mama. Masa tu aku tak terdedah ngan kebaikan breastfeeding. dan tak tahu cemana nak breast feed anak bila dah start bekerja, memang aku regret. Penyesalan terbesar dalam hiduplah...

Yang aku perasan, dia ni ader athma . Sian anak mama, mungkinkah disebabkan kurangyer mendapat susu ibu...?
Entahlah tapi aku memang regret sangat. I wish that i can trun around that time... Insyallah mama akan breastfeed kakak sepuas-puasnyer...
Tiba time adik pulak, masa pregnant lagi aku dah siapkan mental dan fizikal utk breastfeed sibujang nih. Dalam hati tu dan berazam biar aper pun terjadi, aku akan tetap breastfeed dia selagi mampu dan selagi boleh.
Alhamdulillah, yang bujang ni aku dapat breastfeed exclusive breastfeed selama 4 bulan, then dia start buat perangai, taknak direct breastfeed. Walaupun macam -macam cara yang aku buat:
1. Tawarkan payudara ketika bayi sedang mamai atau di dalam keadaan yang tenang,
jangan tawarkan ketika dia di dalam keadaan lapar dan ini boleh menimbulkan rasa
marah pd bayi.
2. Buat sentuhan kulit ke kulit(kangaroo care) di mana
ibu(hanya pakai bra)-anak(hanya pakai diaper)dan dudukdi dalam bilik yang tiada
gangguan dari si ayah, nenek, datuk, adik-beradik lain dan jgn berpakaian.
Menyusukan di dalam keadaan tenang dan biarkan si bayi merasai sentuhan kulit
kita dan bagi dia kenal semula bau kita.
3. Jangan tawarkan apa2 puting
kosong atau pacifier. Jika si bayi tidak mahu menyusu cuba gunakan dahulu cawa,
sudu, syringe sehingga dia lupa pada puting botol.
4. Si ibu perlu banyak
bersabar dan pujuklah bayi dengan sabar...ingat minta pertolongan Allah. Jika
ibu tidak sabar ini menyebabkan proses penyusuan secara alami akan gagal di mana
ibu terpaksa mengepam 8x sehari dan akhirnya gagal untuk menyusu hingga 2 thn.
Jika masih buntuk boleh contact our LC iaitu Puan Kamariah.
Tapi still failed. Dan bermulalah mimpi ngeri aku, kena pump every 3 hours nak make sure mamat ni dapat fully bf sampai umr 6 bulan... letih wei. sangat letih, dikala org lain sedang nnyeyak tidur waktu malam, aku plak korbankan masa tidur utk mengepam. Tapi itulah adalah experience yang paling menarik dalam hidup ni...
so next baby aku kena berazam lebih kuat lagi, aku aim nak 2 yrs fully bf. Insyallah...
Friday, May 14, 2010
Selamat Hari Ibu
** Aku dah terlewat ker...?
Monday, May 10, 2010
Versus

Buku ni baru jer aku beli last friday. Kalau buku from Hlovate memang aku tak leh miss.. walaupun cerita dia pada aku stereostype jer... setiap buku cintan yg dia tulih jalan cerita lebih kurang jer,
--> memula jumpa gaduh, tak leh berkawan, tapi dalam diam simpan perasaan, then kawin, then amik masa nak sesuaikan diri, then baru bercinta for real<--
tapi,
aku suka cara penulisan dia, dengan perkataan yang digunakan amat bersahaja, macam cakap seharian.. kekadang ada penulis yang terlalu metafora sampai sendiri pun tak faham. yang paling penting aku suka addin approach dia dalam setiap buku yang ditulis, bersama setiap ayat dan tafsir... yang tu paling suka, sebabkan hlovate nilah aku cam dah tukar genre story book yang aku baca.. aku dah malas nak layan cintan romance jiwang cam books by anis ayuni or dmya hana..
dalam VERSUS, ada satu topik yang diquote secara bersahaja, [ini ayat aku sendiri tau bukan ayat penulis].. 'what is the reason you nak bgth Pa kita nak settle down this Australia ni abang...?'
'bgthlah mereka yang senang nak brought up anak disini, dinegara org dimana islam is minority, kalau anak tanya Ma kenapa org tu tak pakai tudung, we can say sebab mereka kafir, ma kenapa mereka berpelukkan , same reason sebab mereka kafir, tapi di Malaysia, tudung mejadi normal dalam kehidupan, tetapi still tengok wayang, berpegangan tangan, so cemana nak explain pada anak-anak..'
aku pun tak faham cemana masyarakat melayu kita terima stigma bertudung ni.. bila aku layan mentor tengok protegee JO yang bertudung tapi menyanyi begitu aku dah rasa macam tudung hanya utk mentup kepala, bukan utk mentup aurat sipeprempuan itu, aurat zahir dan batin...
hah bendanilah yang aku risaukan... entahlah aku takut nak besarkan anak-anak aku sekarang.. persekitaran kat rumah tu pun dah macam-macam.. aperlagi luar dari kawasan rumah, dan anak dara tu semakin membesar... aku risau ....
risau tak dapat raised up anak yang boleh mendoakan kita bila dah takde nanti.. anak yang dapat sedekahkan fatihah dan yassin.. aku tahu inilah investment yang paling menguntungkan tetapi amat berisiko jika salah instrument yang digunakan..
YA ALLAH LINDUNGILAH ANAK-ANAK KU, JADIKAN MEREKA MANUSIA BERJAYA DIAKHIRAT DAN DIDUNIA, AMEEN.
Friday, May 7, 2010
Alone...
kenapa sunyi, sebab hubby dan kakak takde, mereka meninggalkan aku dan zikri ke Kelantan. Apa aku nak buat ni.. memang rasa sunyi and very awkward this feeling.. tak naklah rasa camni lagi...
Selalunyer zaman dulu kala kalau en hubby dihantar ke outstation, tak pernah pun tinggal seorg kat rumah, so ini kira first timelah dalam masa 6 thn aku rasa macam ni. Sayu jugak hati ni, macam -macam dalam fikiran ni yang aku fikirkan...
Dah ler tadi hubby tinggalkan ATM kad CIMB dia kat aku bersama dengan long list fix and liquid assets yang kami ada termasuklah jugak senarai hutang kami.. dia kata kot-kot aku terlupa... harhg.. aku jeling tajam padam dia... jangaler buat pesanan terakhir pulak kat aku ni... aku belum bersedia nak tanggung semua ni sendiri...
Bila akan sedia...? Aku pun tak tahu.. Macamlah tak tahu takdir tuhan tu segalanya boleh terjadi.. Ya Allah ya tuhan ku. Selamatkanlah perjalanan suami dan anak sulung ku pergi dan balik.. AMin.
apa aku nak buat weekend ni?
1. dah beli novel VERSUS by HLOVATE.. nak kena baca sampai habis
2. nak gi KLCC ngan mama , nak beli mothers day present, nak beli btotol susu Zikri kat parkson..
3. Ahad nak celebrate mothers day...
tapi mlm ni aku tetap sunyi....
Monday, May 3, 2010
Pelaburan EMAS...
Dan aku plak tak reti nak terangkan dengan mendalam sebab ilmu yang ada pun belum cukup..
So aku pastekan link ilmu yang aku dapat tentang PELABURAN EMAS...
mari lah bersama kita membaca dan memahami kemudian kita praktikkan mana-mana yang sesuai dengan cara kita...
sementara aku rasa adalah bagus untuk aku berkongsi aper yang aku ader.... Amin.
Ini adalah website yang mempunyai bacaan secara menyeluruh mengenai EMAS. Luangkan lah masa utk membacanya.
http://www.box.net/shared/nu1vje6d68
kredit to the owner [mr. POKLI] yang upload ebook ini.
Terima kasih.
Friday, April 30, 2010
Any food suppliment?
Cemana boleh terjebak dengan Usana ni..? Rasanyer tahun 2008 dalam bulan 3 kot. Masa tu baru jer lepas DNC for the third time... sedih usahler cakap. [tu nanti cerita lain]. So doctor yang aku visit tu suhler amik food suppliment. Aku ni sangatler particular dengan makanan tambahan, then dia sebut USANA... tak pernah dengar pun...
Then my bff nadiah pun came into the picture menerangkan tentang benda Allah ni. Benda yang paling aku concern adalah status halal. Alhamdulillah, semua product ader halal cert. So aku pun start dengan Essential.. ni kira basic set. It is created to provide optimal nutrional support... masa tu badan tak sihatkan baru lepas DNC... dalam set ni ader macam-macamler.. EG: essential vitamins, minerals, antioxidants, and other micronutrients..
After badan dah sihat.. then aku concieve sekali lagik.. with continuing having USANA... alhamdulilah. Mengandung dengan sihat... anak yang lahir pun sihat dah jadi big boy pun sekarang ni dan amat bijak. Sepanjang mengandung tak ambil suppliment lain selain usana essentials dan fish oil... org kata kalau makan fish oil anak otak bijak... alhamdulillah, so far it is proven... sangat bijak untuk baby umur 13 bulan..
So because of that aku tak pandang dah suppliment lain. Saper yang tahu sejarah aku banyak kali misabortion with pregnancy yang sulung tu sangat risky.. dengan pregnancy kali ini yang amat senang dan mudah buat aku amat berterima kasih ngan usana..
dalam pada itu usana fish oil ini jugak menolong adik lelaki aku yang mengalami sakit buah pinggang. With consistantly fish oil intake everyday doctor dah sahkan yang kerosakan buah pinggang dia tak deteriorated seperti doctor's expectation every year.. alhamdulilah. sekurang-kurangnyer dia pun takdelah frustrated sangat dengan keadaan buah pinggang dia... jangan risau Lan, nko sakit cemana pun nanti along akan jaga.. insyallah.


oleh sebab musabab inilah aku jatuh cinta ngan USANA....
Thursday, April 29, 2010
WAHM or SAHM, bila lagi ni.....???
'Mama cuba tengok muka adik tu... kesian diakan. Sedih jer dia tengok kita naik kereta'
***
That was the conversation that i had his morning that really make my whole day upside down. Ibu mana yang tak sedih tinggalkan anak almost 10 hour utk bekerja. Keluar pagi at 8.00 am dan sampai rumah paling cepat is 6.30pm. But this is what the modern mum these days have to pay especially yang tinggal kat kota KL cam aku ni...
***
well this part of function and responsibilities of a mother kalau kita kupas memang panjang. Mana nak tngok anak membesar depan mata, mana lagi nak tolong hubby utk perbelanjaan bulanan.. a few months back banyak kali jugak aku cakap pd hubby i wanna quit. Aku nak duk umah, aku nak jaga anak, aku nak tngk anak akunyer first step, first word. Aku nak make sure yang sulung tu pandai membaca. Aku nak ajar dia baca quran. Aku nak mask utk hubby ngan anak-anak...
***
tapi,
still want my car. Still want my house yg kat atas bukit tu, i still want to shop, i still want my money everymonth for my parents.. is stil want vacation, still want weekend outing and i know my dear hubby cant afford that if he is alone working... so here i am still working everyday.
***
so,
i'm looking for pasive income... income yang membolehkan aku duduk rumah as i wish but still ader income... but no MLM. So sorry i have no patient with that.. i joined LUXOR before then USANA, but not really into the networking. i like USANA like the vitamin so much... but not the networking lor... so still need to find my interest that i can modified into business that can give me income and i can stay home.. wargh... i still interest in numbers... so bila nak jadi SAHM or WAHM....?????
Wednesday, April 28, 2010
happy birthday sayang...
Kekadang mama geram juga, yelah sebab kakak ni kalau nak sesuatu mesti nak waktu tu juag, tak boleh waktu lain. selalunyer yang kakak mintak tu mama tak afford nak bagi waktu dan tika itu... mulalah kakak menangis.. memang dari kecil drama queen... tapi bila dah besar ni asyik nangis jer mama jadi kurang sabar.. selalu kakak kena marah ngan mama...
nenek abang pesan kat mama ngan ayah, dengan anak jangan garang sangat, nanti anak tak tahu nak bezakan yang mana kita marah, yang mana kita tak marah. tapi mama ni dah naturaly garang cam ni.. cemana nak ubah...
lagi satu anak mama ni bijak... sebab bila mama guna reverse psychology ngan dia, next time dia plak reverse psychology ngan mama, cemana tuh... Kakak tahu tak hari-hari mama cari bacaan tentang cemana nak brought up anak-anak zaman sekarang.. sebab anak-anak zaman sekarang ni lebih berani, lebih aktif, lebih bijak... so pendekatanyer tak sama macma dulu.. tapi mama tahu basicnyer memang back to Agama. Insyallah as first step mama nak pastikan kakak boleh baca Quran menjelang umur 6 thn...
Kakak,
Happy birthday sayang. Semoga kak menjadi anak yang solehah berjaya hidup didunia dan diakhirat. Ameen.
Monday, April 12, 2010
How to treat patient with Dimentia...
Salam,
This notes is specially deediated to you guys... Rasanya kita semua dah mula perasan yang nenek tu dah start pelupa... belum nyanyuk lagi... we called in DIMENTIA
1. Medication
2. sosial treatment.
medication tu kita letak tepi dulu... yang ni perlukan persetujan anak-anak nenek utk bawak ke klinik.... sekarang ni nak cerita tentang Social treatment. Kalau boleh harap sangat jangan kita menambah burukkan lagi keadaan nenek.
Antara Caranya:
1. don't yell at her when she does something wrong ---> JANGAN JERIT KAT DIA BILA DIA BUAT SALAH... { It won't make her change her behavior and might make her act out more. Use a lot of patience. People with dementia are not children and shouldn't be treated that way. If she has periods when she acts kind of normal, talk to her in a normal way. If she's totally out of it, still treat her kindly and talk quietly to her (even if she doesn't respond). If she'll let you, hold her hand and pat it. All human beings crave human contact}
2. If she keeps repeating things, don't try to correct her by saying, "you already said that." All it will do is make you frustrated. She will probably also be a "sundowner". She'll go to sleep early and then wake up at some weird hour of the morning and start being very active
3. Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.
4. Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.
5. Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.
6. Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.
7. Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.
8. Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.
9. Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.
Ni antara tips yang akak jumpa dalam 'pakcik google...' . Mungkin yang lain boleh tambah....